Bear in the Big Blue House

Muppets From Space ialah sekumpulan watak boneka ciptaan Jim Henson. Setiap Muppet ialah sebuah boneka yang dihasilkan oleh Jim Henson atau bengkel syarikatnya. Meskipun sering digunakan untuk memaksudkan mana-mana boneka yang menyerupai gaya The Muppet Show, namun istilah Muppet sebenarnya merupakan tanda dagang sah yang dikaitkan dengan watak-watak ciptaan Henson.Antara rancangan-rancangan terkenal yang dibintangi oleh watak Muppets termasuk Sesame Street, The Muppet Show dan Bear in the Big Blue House.Menurut Henson, istilah "Muppet" dicipta dengan menggabungkan perkataan "Marionette" dan "puppet"; rupa-rupanya, Henson sekadar mereka-reka cerita "marionette/puppet" agar senang difahami oleh wartawan, sebaliknya tercari nama yang menyenangi telinga untuk watak-wataknya.[1]Setelah berkali-kali mencuba, The Walt Disney Company akhirnya membeli watak Muppets pada tahun 2004[2], kecuali watak-watak dalam Sesame Street (yang dijual kepada Sesame Workshop terlebih dahulu, tetapi masih membayar The Jim Henson Company untuk mereka watak baru) dan watak-watak Fraggles dalam Fraggle Rock (yang masih dimiliki oleh The Jim Henson Company). Tanda dagang sah pada istilah "Muppet" kini dimiliki oleh The Muppet Holding Co., LLC (sebuah anak syarikat Disney), tetapi Sesame Workshop dan the Jim Henson Company masih diizinkan untuk menggunakan istilah itu untuk watak boneka masing-masing.